Wednesday, 12 October 2011

Cinta : Kesalahan Lelaki Ketika Dating ~

Salam  ~ ~ ~ ~ Dalam entri CINTA kali nie , saya nak Share tentang kesalahan - kesalahan yang dilakukan ketika dalam temu janji ~ ~ ~ ~ Bacalah !






Menghadiri temujanji pertama adalah merupakan impian setiap orang tidak kira samaada lelaki ataupun wanita, terutamanya kepada mereka yang masih bujang. Ini adalah kerana peluang mereka untuk mengenali orang yang mereka minat atau suka dengan lebih mendalam lagi. Tetapi, terdapat ramai lagi yang masih melakukankesalahan untuk menghadiri temujanji pertama mereka. Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah….


(1) Datang lewat- Kebiasaannya, seseorang akan menilai komitmen yang anda berikan berdasarkan penampilan pertama anda. Sekiranya anda datang lewat, ia telah menimbulkan tanggapan yang negatif terhadap diri anda. Sekiranya anda betul-betul inginkan mereka menjadi pasangan hidup anda, tunjukkan komitmen dari permulaan hubungan lagi.

(2) Memahami situasi- Untuk membuatkan temujanji pertama anda berjalan lancar, anda perlu bijak untuk memahami situasi. Keutamaan ini diberikan kepada lelaki. Sebagai contoh, anda mengetahui wanita yang anda temui memakai kasut tumit tinggi, tidak perlulah anda mengajak mereka untuk berjalan-jalan di shopping kompleks atau sebagainya. Fokuskan untuk melakukan aktiviti yang tidak memerlukan anda berdua banyak berjalan seperti minum di cafe, menonton wayang atau sebagainya.

(3) Tingkahlaku- Sekali lagi, kesalahan ini sering dilakukan oleh lelaki. Apabila anda keluar dengan seseorang yang anda rasakan teman hidup yang terbaik untuk anda, jagalah tingkahlaku dihadapan mereka. Sebagai contoh, tidak perlulah anda memandang wanita lain sepertimana anda memandang mereka ketika keluar bersama rakan lelaki. Fokuskan terhadap wanita yang sudi meluangkan masa untuk keluar bersama anda sahaja.

(4) Membawa rakan- Hormat kepada keputusan wanita sekiranya mereka ingin membawa rakan ketika bertemu dengan anda. Ini adalah kerana mereka masih tidak berasa selamat untuk keluar berdua. Selain daripada itu, ia juga menunjukkan keperibadian wanita tersebut yang menjaga batas pergaulan mereka.

(5) Membatalkan temujanji pada saat akhir- Ini adalah kesalahan yang paling besar anda lakukan. Ia kerana anda telah menghancurkan satu harapan yang telah diletakkan kepada anda. Sekiranya anda mungkin mempunyai masalah yang tidak mengizinkan anda untuk menghadiri temujanji pertama, maklumkan mengenai perkara ini seawal yang boleh. Jangan beritahu mereka disaat akhir.

(6) Mendominasi perbualan- Temujanji pertama adalah untuk anda mengenali pasangan anda dengan lebih rapat. Jangan terlalu banyak bercakap sehingga menghalang mereka untuk meluahkan pendapat. Pastikan perbincangan yang dilakukan membolehkan mereka untuk turut serta. Cuba elakkan daripada berbincang mengenai isu-isu yang sukar untuk mereka libatkan diri seperti bercerita mengenai diri anda sahaja, isu politik, dan sebagainya. Pilih isu yang lebih mudah.

SUMBER : http://uptomu.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...