Thursday 24 November 2011

Info : Diari Kehidupan Manusia ~

Salam sejahtera kepada pembaca ~
Info kali nie berkongsi maklumat tentang 
perjalanan manusia dari awal hingga Akhir Zaman ~




Mula  Masa              
  • terjadinya alam semesta
Peringkat Kandungan     
  • terciptanya malaikat dan jin dan kehidupan di bumi.
Peringkat Bayi                  
  • Adam dan Hawa diciptakan – permulaan manusia
Peringkat Kanak2            
  • Kejadian Banjir Nabi Nuh a.s
Peringkat Muda               
  • Era Kenabian Nabi Ibrahim
Ketika Matang (40an)          
  • Era Kenabian Nabi Musa
Waktu Tua                  
  • Era Kenabian Nabi Muhammad s.a.w dan turunnya Nabi Isa
Mati                 
  • Kiamat Kubra 
  • Masa tua dinyatakan sebagai akhir zaman atau di akhir umur masa. Tamatnya masaadalah Kiamat Kubra atau Hari Kiamat 




Peristiwa Period  Akhir Zaman Mengikut Turutan 
1. Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan.        
  • 1.1 Islam ditegakkan semula                       
  • 1.2 Hijrah Rasulullah ke Madinah                       
  • 1.3  Dakwah Rasullulah                       
  • 1.4 Peperangan Rasullulah menentang kafir 
 2. Kebangkitan khalifah.        
  • 2.1 Wafatnya Rasullullah
  • 2.2 Khalifah Islam  menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina) 
3. Kejatuhan Khalifah      
  • 3.1 Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
  • 3.2 Perang Dunia 1 dan 2
  • 3.2 Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal                       
  • 3.3 Umat Islam berpecah-belah.                       
  • 3.4 Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.                       
  • 3.5 Kekerapan Gempa Bumi meningkat.                       
  • 3.6 Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak                       
  • 3.6 Penzinaan berleluasa                       
  • 3.7 Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa                       
  • 3.8 Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan 
4. Perang Dunia Ketiga / peperangan menentang Islam secara total (pembantaian muslim)
  • 4.1 Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
  • 4.2 Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
  • 4.3 Kemarau panjang
  • 4.4 Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
  • 4.5 Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang 
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.

5. Bala Bencana dari Allah s.w.t melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.                        
  • 5.1 Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
  • 5.2 Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
  • 5.3 Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
  • 5.4 Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah                       
  • 5.5 Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.  
6. Terlantiknya Khalifah Islam mewakili Umat Islam SeDunia di Mekah.                  
  • 6.1 Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji                       
  • 6.2 Umat Islam  huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah                       
  • 6.3 Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik 
7. Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
  • 7.1 (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang 
8. Peperangan Islam vs Kristian.   
  •  8.1 Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi                       
  • 8.2 Islam menang dibawah Khalifah Islam 
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya 
9. Pemerintahan Khalifah Islam 7-9 tahun.                        
  • 9.1 Rezeki melimpah ruah                       
  • 9.2 Haiwan Liar menjadi sahabat                       
  • 9.3 Tiada orang yg sudi menerima zakat                       
  • 9.4 Bumi mempamerkan kecantikkannya 
10. Bangkitnya Dajjal bersama tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran.                       
  • 10.1 Turunnya Nabi Isa                       
  • 10.2 Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa                       
  • 10.3 Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa                       
  • 10.4 Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa                       
  • 10.5 Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi                       
  • 10.6 Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung                       
  • 10.7 Kemenangan untuk Islam 
11. Wafatnya Khalifah Islam. Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun                       
  • 11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.                        
  • 11.2 Pembunuhan babi di muka bumi                       
  • 11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya                       
  • 11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkanUmmah dari Yaajud Maajud                       
  • 11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk                       
  •  11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi. 
12. Wafatnya Nabi Isa.                       
  • 12.1 Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w 
Period Kiamat Bermula 
  1. Al Quran diangkat
  2. Nama Allah tidak disebutkan lagi
  3. Gempa Bumi Tiga penjuru
  4. Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
  5. Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
  6. Asap dari bumi
  7. Musnahnya Makkah dan Baitullah
  8. Semua Umat Islam dimatikan
  9. Matahari Naik di sebelah Barat
  10. Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
 Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk 
  • 1.       Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
  • 2.       Mati sekelian manusia, jin, iblis, syaitan
  • 3.       Mati sekelian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail 
Mahsyar 
1. Permulaan masa akhirat dan ia tidak ada masa tamatnya 




Pengajaran ~ Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi hari kiamat . Banyakkan beribadah dan bertaubat kepada ALLAH ! ...Islam All The Way ! ~






                ~> Sumber maklumat < ~

Tuesday 22 November 2011

Cinta : Apa yang lelaki dan perempuan suka dan tidak suka mengenai pasangan mereka

                 ~ SALAM SEJAHTERA ~

Kali ini dalam entri CINTA , kita nak lihat tentang
Perkara2 yang lelaki suka dan tidak suka mengenai seseorang perempuan dan ...

perkara2 yang perempuan suka dan tidak suka mengenai seseorang lelaki .






LELAKI SUKA ::::


~ >  Perempuan yang Kelakar 
~ >  Sopan
~ >  Senyuman Manja
~ > Pandai dalam mengenakan pakaian
~ > Penampilan / imej yang sesuai dngn  citarasanya
~ > Tak mudah naik angin
~ >  Menjaga maruah , bersemangat dan tak mudah mengalah
~ > Sentiasa berada di sisi pasangannya ketika suka atau duka
~ > Sikap keibuan
~ > Sukakan kanak - kanak
~ > Tahu bersyukur
~ > Berjimat - cermat
~ > Ambil berat tentang pasangan


                        LELAKI TAK SUKA ...



-->  Perempuan yang suka mengumpat
-->  Sombong n Bongkak
-->  Hisap rokok ~
-->  Suka menunjuk - nunjuk
-->  Layan pasangan mcm alas kaki dia
-->  Hipokrit
-->  Bohong dan suka cari alasan
-->  Tak bertanggungjawab
-->  Kuat meleter hal remeh - temeh
-->  Memuji lelaki lain


HmM ~ Done part nie , Then ...




PEREMPUAN SUKA ... 

~)  Lelaki yang ambil berat dan ada sikap kasih sayang
~) Sering bertanya khabar
~) Boleh dijadikan tempat untuk kongsi masalah
~) Tidak ambil remeh - temeh perkara yang penting bagi perempuan tersebut
~) Lelaki yang pandai memujuknya ketika dalam kesusahan
~) Sering memberi pujian
~) Tidak ego ~
    ~) Pandai menjaga penampilan diri    



PEREMPUAN TAK SUKA ... 


#  Lelaki yang sombong
# Kasar ~
# Tidak mahu berterus - terang
# Lelaki yang pembohong
#  Tidak bertolak ansur
# Cepat marah , naik angin
# Cemburu buta
# Pengotor , selekeh
# Curang , maen kayu tiga
      


Sunday 20 November 2011

FUN : Karakter Spongebob yang lain ~

~> Salam ~
~> Entri Fun
~> Spongebob Mashups
~> Enjoy ~


                                        [ANGRY BIRD]




[DRAGONBALL Z]





[MORTAL KOMBAT]





[SPIDERMAN]




[NARUTO]




[HARRY POTTER]




[PRINCE]






[EMPIRE STRIKES BACK]



[BATMAN]




[DRAGONBALL Z]





[MARVEL COMICS]




[PIKACHU]





[POKEMON]



[SIN CITY]





[HELL BOY]




[ZELDA]




[ZOMBIE]




sOuRcE ~> Smosh ~

Thursday 17 November 2011

Info : Keadaan Manusia di Padang Mahsyar

Salam , Entri Info kali nie admin nk kongsi maklumat tentang keadaan manusia nanti di Padang Mahsyar dan mengapa mereka menjadi begitu ~ Jom baca ilmu nie




Di Padang Mahsyar nanti , manusia akan dibangkitkan dalam pelbagai rupa ...




1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di
 dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.


2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.



3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.



4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.




5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa 
yang diucapkan.




6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.




7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).




8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.




9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini 
suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.




10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.




11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.




12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)




13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.




14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.




15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.




16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.




17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.




18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.




19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya 
penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.




20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.




21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.









Berdoalah agar kita tidak termasuk dalam golongan2 di atas . Banyakkan berdoa dan bertaubat kepada ALLAH

Friday 11 November 2011

Cinta : Tanda dia adalah Jodoh Kita ::

Assalamualaikum ~
Kali nie , dalam entri C.i.n.t.a , Kita akan lihat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa si dia adalah jodoh kita ...
Jom baca  ~~~~~







1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.





2. Senang atau selesa bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.





3. Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.





4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.





5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.





6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.



Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?





7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.





8.Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


9.Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


10 .  Terbayang

Jika anda terbayangkan seseorang ketika membaca entri ini , mungkin dialah jodoh anda .


           ~ ~ :::: Selamat Bercinta :::: ~ ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...