Friday, 28 October 2011

FML : Edisi Text ( SMS )

Salam sejahtera ::
Kali ini , FML kita bertajuk Text ( SMS )
Jom baca cerita sedih diorang yang buat kita ketawa ::


                                     
                                    ~ Romeo ~

Hari ini , saya cuba untuk menjadi seorang yang romantik . Saya memberi SMS kepada GF saya , " Di manakah engkau wahai sayangku " . Kemudian dia membalas , " Tandas ! " . FML 


BudaXx Pelik

Hari ini , ada seorang budak perempuan pelik ber - sms dengan saya . Saya memang tak nak ber - sms dengannya lalu saya memberi mesej . " This Message could not be delivered because of a temporery network setup error 22-110092-4785-21 . Kemudian dia reply , " Awak eja " Temporary " salah . FML .


PENIPU !


Hari ini , GF saya memberitahu saya di FB supaya saya tidak ber - sms atau menelefon dengannya kerana Handphone nya rosak . Tapi di bawah ayat itu tertulis " Sent from mobile " . FML .


Aku Benci Dia !

Hari ini , abang saya meminjam henset saya . Mula2 saya ingatkan bahawa dia hanya bermain game , rupa - rupanya dia menghantar sms kepada kawan - kawan saya bahawa saya mempunyai Kanser . Selama hampir satu jam saya berasa pelik kenapa kawan saya menghantar sms simpati kepada saya . FML .



Creepy ::


Hari ini , semasa mandi , saya bersin . Selepas saya keluar dari tandas , saya mendapat mesej daripada jiran saya yang pelik mengatakan , " Bless You " , Adakah dia mengendap saya . FML .






Sunday, 23 October 2011

INFO : Info tentang Israel yang mungkin anda tak tahu

Salam , Hari ni Admin nak kongsi sikit maklumat tentang orang Israel ~ Jom Baca














1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.




2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.




3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.




4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!




5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.




6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?




7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?




8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi




9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.




10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Wednesday, 12 October 2011

Cinta : Kesalahan Lelaki Ketika Dating ~

Salam  ~ ~ ~ ~ Dalam entri CINTA kali nie , saya nak Share tentang kesalahan - kesalahan yang dilakukan ketika dalam temu janji ~ ~ ~ ~ Bacalah !






Menghadiri temujanji pertama adalah merupakan impian setiap orang tidak kira samaada lelaki ataupun wanita, terutamanya kepada mereka yang masih bujang. Ini adalah kerana peluang mereka untuk mengenali orang yang mereka minat atau suka dengan lebih mendalam lagi. Tetapi, terdapat ramai lagi yang masih melakukankesalahan untuk menghadiri temujanji pertama mereka. Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah….


(1) Datang lewat- Kebiasaannya, seseorang akan menilai komitmen yang anda berikan berdasarkan penampilan pertama anda. Sekiranya anda datang lewat, ia telah menimbulkan tanggapan yang negatif terhadap diri anda. Sekiranya anda betul-betul inginkan mereka menjadi pasangan hidup anda, tunjukkan komitmen dari permulaan hubungan lagi.

(2) Memahami situasi- Untuk membuatkan temujanji pertama anda berjalan lancar, anda perlu bijak untuk memahami situasi. Keutamaan ini diberikan kepada lelaki. Sebagai contoh, anda mengetahui wanita yang anda temui memakai kasut tumit tinggi, tidak perlulah anda mengajak mereka untuk berjalan-jalan di shopping kompleks atau sebagainya. Fokuskan untuk melakukan aktiviti yang tidak memerlukan anda berdua banyak berjalan seperti minum di cafe, menonton wayang atau sebagainya.

(3) Tingkahlaku- Sekali lagi, kesalahan ini sering dilakukan oleh lelaki. Apabila anda keluar dengan seseorang yang anda rasakan teman hidup yang terbaik untuk anda, jagalah tingkahlaku dihadapan mereka. Sebagai contoh, tidak perlulah anda memandang wanita lain sepertimana anda memandang mereka ketika keluar bersama rakan lelaki. Fokuskan terhadap wanita yang sudi meluangkan masa untuk keluar bersama anda sahaja.

(4) Membawa rakan- Hormat kepada keputusan wanita sekiranya mereka ingin membawa rakan ketika bertemu dengan anda. Ini adalah kerana mereka masih tidak berasa selamat untuk keluar berdua. Selain daripada itu, ia juga menunjukkan keperibadian wanita tersebut yang menjaga batas pergaulan mereka.

(5) Membatalkan temujanji pada saat akhir- Ini adalah kesalahan yang paling besar anda lakukan. Ia kerana anda telah menghancurkan satu harapan yang telah diletakkan kepada anda. Sekiranya anda mungkin mempunyai masalah yang tidak mengizinkan anda untuk menghadiri temujanji pertama, maklumkan mengenai perkara ini seawal yang boleh. Jangan beritahu mereka disaat akhir.

(6) Mendominasi perbualan- Temujanji pertama adalah untuk anda mengenali pasangan anda dengan lebih rapat. Jangan terlalu banyak bercakap sehingga menghalang mereka untuk meluahkan pendapat. Pastikan perbincangan yang dilakukan membolehkan mereka untuk turut serta. Cuba elakkan daripada berbincang mengenai isu-isu yang sukar untuk mereka libatkan diri seperti bercerita mengenai diri anda sahaja, isu politik, dan sebagainya. Pilih isu yang lebih mudah.

SUMBER : http://uptomu.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...