Sunday 7 August 2011

FML : Edisi Konvokesyen

        Salam , Hari ini Admin nak cerita tentang FML ( F*** My Life ) edisi konvokesyen . Orang di bawah ini mempunyai kisah yang teruk dan lucu dan mereka hanya ingin kata FML!.










                            BMW


Hari ini , saya balik rumah dan nampak ada kereta BMW berada di depan pagar. Ia menghalang saya untuk memasukkan kereta ke dalam rumah. Saya berasa marah . Saya mengambil kunci saya lalu mencalarkan kereta tersebut . Apabila saya masuk ke dalam rumah, ibu bapa saya mengatakan bahawa kereta itu merupakan hadiah konvokesyen saya . FML.
                                           




                         Salah orang




Hari ini saya dan keluarga saya berkumpul di ruang tamu rumah untuk menyaksikan video konvokesyen saya semasa saya berjalan mengambil ijazah . Rupa - rupanya ayah saya telah tersalah ambil video budak lain, bukan saya . FML.






                       Mereka lebih tahu


Hari ini , saya memberitahu Atuk dan nenek saya bahawa saya akan mengambil ijazah . nenek saya melihat saya sambil matanya berair .Dia memberitahu saya bahawa betapa bangganya dia melihat saya berjaya walaupun cacat . Masalahnya saya tidak cacat. FML.


Kucing lebih comel


Hari ini , emak saya sangka bahawa ia tidak mengapa untuk memadam gambar konvokesyen saya di kamera. Alasannya adalah " kita perlu banyak ruang untuk mengambil gambar Tommy" . Tommy itu ialah kucing keluarga kami . FML.



KUCING GANAS


    Hari ini, saya mendapat hadiah cek RM 300 daripada bapa saya . Saya meletakkannya di atas meja. kemudian angin    menerbangkan duit tersebut. Kucing saya menyangkakan itu mainan lalu mengoyakkannya . FML.



ALONE

Hari ini saya pergi memesan kek di kedai kek . Pembuat kek itu bertanya kepada saya apa yang saya mahu tulis di atas kek itu . Saya mengatakn " Tahniah Siti" . Lalu dia bertanyakan siapa yang memesan kek tersebut . Saya mengatakan " Siti " .Kesian saya, kena memesan kek sendiri . FML.



2012


Hari ini saya mendapat tahu abang saya telah menghabiskan duit simpanan saya untuk saya ke kolej . Katanya " 2012 akan berlaku sebelum kau pergi kolej" . FML.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...