Wednesday 25 January 2012

Info : KFC VS MCD ( Halal or Haram )

#Salam
# Entri tentang Info
# KFC dan MCD
# Ce Baca





::: - KFC - :::


KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja

Cerita pasal halal or Haram ~

Ayam KFC semuanya di ambil daripada Malaysia . Ayam2 tuh smuanya di sembelih di premis AYAMAS di Pelabuhan Utara Klang yang sangat bersih dan mengikut cara yang ditetapkan hukum Halal. Tidak ada penyembelih perempuan yang bekerja di Ayamas. Semua penyembelih adalah lelaki dan dilatih oleh JAIS. AYAMAS iaitu tempat sembelihan bagi syarikat KFC ialah pusat sembelihan yang di kawal selia oleh Jabatan Haiwan Malaysia. Ayamas mempunyai rekod yang terbaik tentang ayam yang dilupuskan kerana mati sebelum disembelih malahan ayam yang berpenyakit pun dilupuskan juga dan operasi harian Ayamas dikawal selia oleh Jabatan  Haiwan Malaysia.

      ::: #Facts : 80% pekerja di syarikat ini terdiri daripada orang Islam :::


Pengurus Pengeluaran adalah anggota Majlis Penasihat Syariah KFCH. Seorang yang sangat kuat berpegang kepada ajaran agama Islam. Pihak jabatan agama Islam Selangor pula sentiasa membuat lawatan mengejut bagi memastikan segala syarat kehalalan dipenuhi. Ayamas ialah pusat sembelihan contoh yang terbersih dan terbaik di Malaysia. Majlis Penasihat Shariah [MPS] KFCH terdiri daripada ulama besar Malaysia yang berwibawa dan mereka melawat dan memastikan semua syarat halal di patuhi.




- - - MCD - - -


# Ayat drpada website official MCD 

" McDonald Malaysia sells 100% Halal's Food and all of our premises have been certified Halal by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia a.k.a JAKIM "

Klau kat website dia , mestilah dia ckap Halal , takkan nak tulis Haram plak kan . 

Masa Tahun 2010 dulu , ada kes Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara itu .

Tapi lepas tu Pengurus McD Malaysia kata bahawa daging yang dibeli oleh mcDonald Malaysia adalah Halal 100% kerana pembekal mereka mendapat sijil Halal daripada JAKIM .Kata Pengurus tu lagi , " Dakwaan yang mengatakan kami membeli daging tidak Halal dari Uruguay adalah tidak benar kerana kami kini membelinya dari negara pembekal yang ada sijil Halal oleh JAKIM " . Jadi daging Burger McD nie tidaklah haram dan bukan berasal dari negara yang dagingnya berasal dari lembu yang kena Blend mcam dalam video tuh .




TETAPI ( Siap Capslock lagi ) , klau kita masih tidak pasti sama ada dua - dua ini Halal atau Haram , sebaik - baiknya kita tak makan lah kedua duanya . Kalau benda nie jadi Syubhah , Jangan Makan . Sebab apa , pelu di ingat bahawa Syubhah adalah paling hampir kepada Haram . Jika Terdapat sebutir keraguan dalam hati kita ,maka ia dianggap Haram.
 So , kesimpulannya , makanlah makanan yang dimasak oleh Ibu kita kerana air tangan ibu itu lebih berkat . 

 Untuk itu ,saya akhiri entri kali ini dengan Video KFC vs Mcd !



Bonus : Koleksi gambar KFC vs Mcd









KFC

McD


( Burger depan rumah , RM 2.50 )


1 comment:

  1. Asal annoying sangat font kau ni dik,xyah lah guna font tu buat sakit mata tengok

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...