HIDUP OREN!
Hari ini , ibu saya mengatakan kepada saya bahawa saya telah menggunakan Powder muka yang terlalu banyak , Dia kata ia membuatkan kulit saya kelihatan jelek dan tidak sekata . Tapi masalahnya saya tak gune powder pon ! . FML !
BELI MUKA BARU
Hari ini saya mengikut tutorial makeup di Youtube . Dia suruh meletakkan krim muka ke kawasan yang bermasalah . Apabila saya sudah siap, 90% daripada muka saya penuh dengan krim . FML !
SEDIH NYA !
Hari ini saya pergi ke sekolah dengan menaiki keretapi . Dalam perjalanan , saya memakai makeup saya . Tiba - tiba saya nampak sorang budak kecik melihat saya . Selepas saya siap, dia berbisik kat mak dia, " Saya ingatkan makeup sepatutnya mencantikkan muke kita ? " . FML !
ZOMBI ZOMBA !
Hari ini , Lelaki kacak yang saya bertemu di Halloween akhirnya ingin bertemu dengan saya setelah hampir 10 bulan saya IM dan e - mel . Dia amat kecewa apabila melihat saya . Dia cakap saya kelihatan amat berbeza . Di Halloween saya memakai makeup penuh Zombie . Ternyata Zombi lebih cantik daripada saya .FML !
LAIN KALI SIASAT DULU
Hari ini saya ada membaca majalah " SEVENTEEN " . Dia ada menulis artikel tentang Makeup . Dia menyuruh saya menyapukan Liquid Highlighter untuk menyerlahkan kulit . Kemudian barulah saya tahu bahawa Liquid Highlighter merupakan alat solek yang sebenar .Sekarang ini kulit saya gatal kerana saya menggunakan Highlight yang alat tulis tuh . FML !
I HATE YOU
Hari ini , semasa bekerja , saya berasa bosan lalu memakai makeup . Kemudian Bos saya keluar dari Biliknya dengan muka yang marah . Saya berkata kepadanya , " Bos , takkan taknak Assistant bos nampak cantik ? " . Lalu dia menjawab , " Kalau saya nak Assistant saya cantik dah lama dah saya tak ambik awak kerja " . FML !
KALAU HENSEM TAKPER!
Hari ini , di dalam bilik , saya takde benda nak buat . Saya mengambil alat solek lalu melukis misai dan janggut , memakai lipstik dan menconteng bului kening saya . Kemudian saya terus tidur . Saya tersedar apabila rakan saya mengajak saya pergi ke restoran yang terletak di sebelah rumah saya . Saya tak perasan yang saya belum basuh makeup tuh ! . Semua orang di restoran ketawakan saya . FML !.
GOTHIC
Hari ini , di sekolah saya , saya ada melakonkan watak Gothic untuk drama sekolah . Setelah habis berlakon , saya pergi ke Mc Donald untuk minum bersama rakan saya . Saya tidak membersihkan makeup itu kerana ia kelihatan hebat . Tiba - tiba, ada sorang pakcik datang ke arah saya lalu berkata , " Orang macam awak ni lah yang menyebabkan benda tak baik berlaku kat dunia tau " . kemudian dia meludah dalam air saya . FML !
No comments:
Post a Comment