Ini merupakan post pertama saya,FML edisi peperiksaan! . Kadang - kadang,peperiksaan ini keadaannya tak best,tapi ada yang terlalu teruk sampai orang itu mengatakan F*** My Life . Ini merupakan sebahagian cerita terbaik mereka . ENJOY!
KAD UCAPAN
Bayar Yuran
Hari ini,semasa saya sedang mengambil peperiksaan di dalam kelas, cikgu saya datang ke meja saya , ambil kertas peperiksaan saya lalu mengoyakkannya . Saya berasa terkejut . Kemudian dia memegang tangan saya lalu mengambil nota yang sedang saya pegang. Nota saya itu bertulis, " JANGAN LUPA BAYAR YURAN " .Cikgu saya menyangkakan saya meniru dalam peperiksaan. FML
Baca Label Dulu
Hari ini , semasa bangun daripada tidur,saya berasa pening . Saya mempunyai peperiksaan yang penting pada hari tersebut. Jadi, saya ingin cepat hilangkan kepeningan,saya ambil 2 pil ubat . Bila saya tengok balik,rupa - rupanya itu ubat tidur . FML
Nota oh Nota
Hari ini, saya risau tidak dapat lulus peperiksaan,jadi saya simpan nota dalam kain saya . Setengah jam berlalu, guru saya suruh saya menolongnya mengambil pennya di Bilik guru. Tiada masa untuk saya mengeluarkan nota itu.Kerana tak mahu nota itu jatuh,saya pegang nota itu . Kelihatan seperti saya ingin kencing . Rakan - rakan semua ketawakan saya . FML
Cleaner
Hari ini, Kami sekelas kena menyiapkan sekali lagi kertas peperiksaan Fizik yang amat susah kerana guru kami tertinggalkan kertas peperiksaan di atas meja,lalu Cleaner yang bertugas menyangkakan itu sampah. FML
Jam Oh Jam
Hari ini, saya ada peperiksaan besar . Semasa mengambil peperiksaan,saya dapat rasa ada murid yang asyik memandang saya . Mula - mula , saya buat tak tahu . Setelah 30 minit, masih ada yang memandang saya lalu saya berasa marah . Saya bangun dan jerit , " KENAPA SEMUA PANDANG SAYA " . Saya dimarahi oleh semua murid . Rupa - rupanya ada jam di hadapan saya , murid bukan memandang saya tapi melihat jam. FML
Semoga terhibur,harap Follow Blog ni dan komen. Tankz
No comments:
Post a Comment