- Entri Cinta
- Yg lepas pasal Tips Memikat Lelaki -
- This week Tips memikat perempuan
1. Be Yourself , dengar macam cliche , tapi Betol -
2 .Penampilan yang baik akan membuatkan wanita idaman anda jatuh hati kepada anda untuk kali pertama. Penampilan memang bukan yang utama, tetapi cara memikat wanita idaman anda kunci pertamanya adalah penampilan. Penampilan yang kemas, baik dan sopan setiap saat harus anda jaga dan tidak hanya ketika anda bertemu dengannya.
3 . Belajar untuk senyum apabila berinteraksi dengan wanita idaman anda. Ini merupakan cara paling mudah untuk seseorang kelihatan menarik. Dengan hanya memberi senyuman sudah cukup untuk membuatkan orang lain tertarik pada anda. Ini kerana dengan senyuman dapat memberi seribu satu tanggapan positif terhadap orang lain. Ia bukannya hanya untuk diri sendiri kelihatan menarik, malah mampu juga untuk memberikan keyakinan kepada orang lain.
4 . Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.
5. Wanita suka sikap lelaki yang spontan, peka dan memahami-sesekali anda boleh membuat kejutan kepada si gadis dengan mengirimkan bunga atau hadiah. Tak perlu terlalu romantik sangat tapi janganlah sampai tak ambil berat langsung. Kalau nak buat candylight dinner, tak perlu beria-ria, make it simple!
6 . Menepati janji. Kalau dah kata nak jumpa pukul 2pm jngn datang pukul 6pm. Pastikan lebih datang tepat pada masanya
7 . Kalau pandai berjenaka, setiap kali bertemu dan berbual-bual, sesekali anda boleh buat lawak tapi awas, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri
8 . Jadilah pendengar yang baik dan sentiasa jujur. Sekiranya dia sedang bercerita tentang sesuatu atau mengadu masalah, anda harulah dengar dan sesekali berikanlah respon atau berikan pendapat bernas. Secara tak langsung menjadikan anda seorang yang memahami. Selalu menyokong dan memberi semangat padanya.
9 . Jangan terlalu mengongkong si perempuan . Jngan cemburu buta , syak wasangka dan membuat tuduhan melulu . Jika ada masalah , cuba berbincang bersama
10 . Hormatinya dan jangan ambil kesempatan, itu penting! Kalau masih dalam peringkat berkawan, sentiasa ingatkan diri yang kalian hanya sekadar kawan. Jangan melebih-lebih. Kalau dalam peringkat sebagai kekasih, anda harus buat si perempuan merasa dirinya amat penting, rasa istimewa dan jangan ambil ringan dalam semua perkara.
11. Terima dia seadanya juga cuba memahami dan ambil tahu apa yang digemari dan disukainya. Bila rasa anda berdua punya keserasian dan dah kenal hati budi masing-masing, barulah ke langkah seterusnya, melamar sebagai kekasih hati.
12 . Selalulah telefon, SMS, email dan sebagainya untuk bertanyakan khabar atau paling tidak Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati anda. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
13 . Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
14 . Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!. ( perkataan baru )
15 . Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
16 . Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
No comments:
Post a Comment